“Sape tadi tu?” Mak Teh menyapa anaknya yang sedang ralit dalam dunia fantasi buku cerita. Di tangannya ada beberapa biji limau nipis. Nak dibuat mandi. Amalan turun temurun untuk mewangikan badan..
Timah mengangkat muka. Memandang muka maknya yang dah berkedut dimamah usia. “Sape lagi mak. Anak murid mak yang paling obsess dengan buah jambu tu la..”
“Ooo yeke? Si Har tu? Bila pulak dia balik?”
“Entahla mak. Timah tak sempat nak tanya..” Bukan tak sempat nak tanya, tapi tak tertanya! Dah terpegun dengan wajahnya yang makin matang, makin kacak.
Hish, gila aku ni.. Sedar diri sikit, please. Dia tu Mr.Mercedez. Kita ni Kancil 660 aje! Huhu.. betapa sadisnya perumpaan itu (seorang kawan yang terbitkan, belum dipatenkan lagi..).
Rahsia di hati masih tersimpan kemas. InsyaAllah, sampai mati.
“La pulak? Apasal tak tanya? Dia kan kawan kau jugak dulu tu..” Mak Teh memang hairan sangat dengan perangai Timah yang satu ni. Kalau dengan orang lain, mulutnya tu macam bertih jagung. Bercakap tak berenti. Tapi dengan si Zahari tu, boleh pulak terdiam membisu. Macam ada apa-apa.. Ke memang ada apa-apa diorang ni?
Timah diam. Kawan ke? Kawan gitu-gitu aje mak. Sebab kena jadi orang tengah. Pastu patah hati sorang-sorang. Hish, barang yang lalu jangan dikenang Timah! Life must go on.. go on…..
“Makcik Dijah tak datang ke petang ni? Nanti mak tanya la dia ye.” Timah meneruskan pembacaan.
Cukup mak..cukup! Hati anak mak ni dah berlibang libu, berlubang seribu.. Jangan diungkit-ungkit lagi pasal Zahari Usman tu.. Hati Timah membuka mulut, perlahan.
7 comments:
hohohho...timah prnh syok sndri kat zahari..
best2 smbung2xx..
ada hati gak Timah kat Zahari rupanya..
heheh..
nape ckit sgt n3 nie!!!huhu
alaa....knp pendek je n3 ni??
x puas baca la..
rupanya timah penah syok sndri kat
zahari tu..
sian kat die..
pas ni smbung pnjg2 ye.
arghhhh.....makin menarik cter nie....sambung2 lagik!
waaa...
pat3 smbung.. =D
seronok nie pas exam ade bahan utk dbace...
=)
waaa, menarik ni, cite baru yer
Post a Comment